//Arabeeeee girl

Assalamualaikum !
Ahlan Wasahlan :)


Welcome to my world . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here and let us build new ukhuwah .

Status : DEAR READERS, AYUHLAH KITA SAMA-SAMA MENGUMPUL BEKALAN UNTUK HARI AKHIRAT KELAK.


Tweet Tweet
follow me




Tagboard
Leave your footprints here :)


My Wishlists
:)



9A's PMR 2013
happy family
my own lappy
samsung s3
my own dslr
ipad

Credits


Basecode: Nadya.
Edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Nurul Afifah
Kem Kepimpinan Pengawas, Prs & Pss *02-04 Apr 2014*
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum sahabat :) kaifa haalukum ? semoga korang sihat dlm jagaan Allah SWT.. sejak balik kem perdana haritu fifah asyik sakit2 je. dugaan.. tapi takpe, inna rabbi 'ala kulli syai in hafiiz :)

seperti yg fifah dh janjikan, fifah nk update psl kem kepimpinan pengawas yg diadakan di d'muara chalet *ayat skema >_< * .. actually this is the first camp yg fifah join lepas ketiadaan umi fifah. seriously masa nk packing barang terasa amat2 janggal sbb biasanya umi fifah yg tolong packing.. masa packing tu sempat lg nangis, tapi fifah tau fifah kuat ! fifah tk leh nangis ! ok stop ! so let's roll it ! *eh, roll ke ? ahh hentam je lah* fifah ringkaskan cerita ek, malas nk taip banyak2 haha.

First day (02 Apr 2014)
Pergi sekolah, then belajar for about 4 hours gitu laa. seriously masa duk belajar, duk terbayang-bayang mcm mana eh suasana kat kem haha. semangat kem.. then 11:30, amik beg, pastu perasan ada org jahanamkan fifah punya luggage.. ehh sape la pulak yg gatal tangan nk main lock tu ishh. fifah sengaja tk lock zip tu sbb rosak, bila letak je zip, tk leh nk bukak, jeng ! then nangis sepuas hati, kwn2 suruh ckp kt cikgu tapi maluu la wei haha okay nangis lagi, hilang semangat kem pastu naik bas, enjoy my journey *enjoy la sgt puiii* fifah tidur sebenarnya hehehe *buat muka tk malu* then sampai tu, amik beg, cari bilik yg ada nama fifah.. masa ni curious sgt nk tahu sape la roomates fifah. then tini panggil, "fifah, bilik awk sini, skali nga sy, nga sek2 prs" and me was like ohh alhamdulillah *senyum sampai telinga*. then datang la sorang abang ni, dia cakap letak beg dpn bilik masing2 then pergi kumpul kat dewan.. first impression fifah tgk abg tu, eh dia ni mesti pekerja kat resort ni kann. rupanyaaa abg tu salah sorg fasi yg akan handle our programme hahaha.. then pergi dewan *actually it is musalla*, masa first masuk dewan tu lg dah kena marah ngan abg2 fasi. fifah ngan kwn2 berbicara "ni baru je sampai dah kena tengking ape lah, nnt mlm ni esok lusa tk tau lah apa yg fasi2 ni nk buat ngan kita" gulp *telan air liur*.. pastu ada majlis penyerahan pesrta kpd ayah haji.. lepastuu bermula lah kitorang punya LDK. first LDK main ular naga kambing lembu.. game ni nk uji minda kita and nk uji stakat mana kita fokus. game ni abg faiz yg handle. then sesi ice-breaking.. buat dua group, 1 kt luar, 1 kt dlm, then yg dlm kena pusing sampai la abg faiz kata stop.. STOP ! tugasan: ingat nama penuh, nama panggilan, saiz kasut org yg duk kt kiri kanan belakang or depan.. pastu pass2 pen, bila muzik tu bhenti, org yg pegang pen tu kena bgtau la detail org2 sebelah dia tu. mujur fifah tk kena fuhhhh ! then pembahagian sel *termasuk chapter bio pulakk hee*.. ehh pembahagian kumpulan lah. kena duk dlm barisan ikut form and kira nombor 1-11 and so on. sape yg no 1 kena duk dlm grup no 1. and begitulah sebaliknya.. fifah dlm grup 5 :) then pemilihan fasi untuk setiap grup.. disebabkan kitorang tk knl lg fasi2 tu, so fasi2 kenalkan diri.. abe faiz, abe abid, abe ngoh, abe cik, abe kifa, abe apy, abe mat, kak iqa, kak bie, kak iza, kak dania, kak syiqin.. rasanya tu je kot. kalau ada yg tertinggal, asiif jiddan.. nk dijadikan cerita, grup fifah tk dpt fasi sbb ketua kumplan fifah si paih tu tk reti nk mem'bodek' erghh.. lps tu mkn tghari and solat zohor. then pembahagian amanah ; biskut & coklat. then ada sukaneka kat pantai.. masa sukaneka ni group lain pulak, fifah grup 7 :) so kitorang kena pergi dkt checkpoint masing2. 5 minit je masa yg diperuntukkan utk berada di setiap checkpoint.. first activity group fifah kena buat 2 bulatan then bwk lilin dr group first ke next group and begitulh sebaliknya smpai 4 round.. yg ni alah kacang jerr hahahaha >,< next checkpoint.. kena pass pen sampai la pd org yg hujung DENGAN MENGGUNAKAN MULUT ! yg ni okay lagi. lepas tu kena pass coklat yg dibuka balutannya. yg ni rasa mcm eeii ~_~ lps tu setiap ahli kumpulan kena kemam coklat tu atas and bawah lidah then suap kt org yg sebelah dia smpai la ke hujung.. mmmg double eeii ~~ tapi nk buat mcm mana, redho je lahhh..

TO BE CONTINUED..
Jenuh dah jari menaip..
Assalamualaikum :)

Blogku berhabukk !
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum readers :) semoga sihat semua yaa.. satu, dua, tiga, empat ermm dah berapa bulan eh fifah tk update blog ?? lamanyaaaaa... tk terhitung oleh ku hahaha.

Fifah ingat last update fifah ckp psl result pmr, tu pun sebelum dpt result. lps dpt result, fifah dh tk update hahaha. BUSY okayy ! plus dah naik form 4, dgn homework yg tk terhitung nilainya.. alahaiii.. redha wa pasrah :')

btw, welcome 2014 !! hahaha see ! lama sgt tinggal blog smpai skrg baru nk update tahun baru bagaii.. ok stop !

jom cakap2 pasal fifah pulak *bluerkkk*
dah masuk form 4 ni, kena struggle betul2 lebih2 lg subj biologii. killer subj tuuuuu ! physic, chem, addmt, ohohohoho bnykkk nyaa ! redho ! one more ! fifah terpilih jadi PRS hikhikhik >,<
happy plus proud plus ermm ape lagi ek ? ahh biar je lah..

oh yaa, minggu lps fifah join kem kepimpinan pengawas, prs & pss kat tok bali.. ceritanya nantikan di next entry yerr haha.. malas lagi nii. fifah promise nnt fifah cerita semua yg blaku kat sana, psl fasi2, psl aktiviti and so on lahh ! tgk lah esk2 fifah update lah ye.. tk pun next week haha *tengok,, fifah suka tangguh2 cerita yg best2* minggu ni still busy ngan perkhemahan perdana pasukan pakaian seragam.. so next week jugak lah yer ehihihi :P

tu je kot, sampai ketemu di next entry yaa..
jaga diri, jaga iman, jaga ikhtilat.
Assalamualaikum, fi hifzillah :)

PMR Result !
Bismillah..
Assalamualaikum wbt, asdiqoi.. Apa khabar iman antum harini ? fifah harap semoga antum sentiasa sihat dan selamat dalam jagaan Allah swt. *dupp dapp dupp dapp* debaran kian terasa. Allah..2 days to go before the result will be announce. setiap kali fifah fikir je pasal result, memang tkboleh dengar benda lain dah.. just dengar degupan jantung fifah haha hiperbola disitu ^.^

Ya Allah, mintak2 la fifah dapat straight A's. tapi kalau tk dapat bukan bermakna fifah gagal selama-lamanya. mungkin bukan rezeki fifah lagi kot.. mungkin Allah nk bagi lebih lagi tapi bukan dengan result, dgn benda lain. haa think positive. Allah itu maha adil.. antum pernah dengar tak ungkapan ni ? "seseorang itu tidak gagal jika dia jatuh, namun dikira gagal jika tidak bangun semula" haa, apa kata kita semua pegang kata2 ni.. manalah tahu boleh jadi pembangkit semangat kann..

*dupp dapp dupp dapp*

Allahu..

sejuk dah kaki tangan fifah, nervous yang teramat.. Allah, mengucap fifahh..

oh yaa, untuk antum yg sama batch dengan fifah a.k.a antum yg nak amik result hari khamis ni sekali dengan fifah. ni ada pesanan untuk korang dan juga diri sendiri..

Btw, fifah mintak tolong boleh ? tolong doakan kesihatan fifah ehh. sekarang ni kesihatan fifah tk menentu. kejap ok kejap tk ok.. doakan fifah cepat sembuh dan panjang umur. Aamiin ! syukran ya asdiqoi ! semoga Allah membalas jasa baik antum.. In shaa Allah..

Setakat ni je lah coretan untuk harini.. Mudah2an kita  semua sapat straight A's. Aamiin ya rabbal alamiin..

Wassalamualaikum wbt..

Meraup pahala ketika haid
Bismillah..
Assalamualaikum wbt, asdiqoi. semoga kalian sihat walafiat. harini fifah nak share something dengan antunna. entry ni pun fifah copy paste dari blog lain jugakk. kalau fifah nak buat ayat sendiri, memang takkan ada orang yg faham. *tk de la sampai tahap tu ^^

Without any hesitation, let's check it out !

************************************************************************************


Assalamualaikum warahmatullah,

Wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan ciri-ciri fisiologi yang berbeza dengan lelaki. Antara yang paling ketara ialah pusingan haid yang tetap berbentuk kitaran bulanan.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani dlam Fath al-Bari, wanita pertama yang mengalami haid ialah bonda seluruh umat manusia iaitu Hawa, saat beliau dikeluarkan dari syurga dan menghuni di bumi.

Allah berfirman yang bermaksud, “Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah al-‘Asr 103:1-3)

Benar, wanita yang membiarkan hari-hari dalam tempoh haidnya lompang daripada amal ibadah dan amal soleh ialah golongan yang rugi. Oleh sebab itu, pastikan masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Beberapa amalan berikut amat disarankan:

1 – Selaraskan niat sebagai ibadah

Setiap amalan ialah ibadah jika memenuhi ciri-cirinya seperti amalan yang baik, berlandaskan niat ikhlas kerana Allah dan tidak melalaikan. Walaupun tanpa ibadah yang menjadi ‘makanan ruji’ rohani seperti solat dan puasa, sebarang perbuatan yang memenuhi kriteria di atas akan membantu menambah saham akhirat. Jadilah ibarat usahawan yang tamak dan ingin memborong semua peluang meraih pahala.



2 – Berzikir

Zikir ibarat tali yang mengekang hati agar tidak terlepas bebas daripada terikat dengan syariat Allah. Pelbagai jenis zikir boleh diamalkan sepanjang haid, pastinya antara yang utama ialah istighfar, tahmid, takbir, tasbih dan pelbagai lagi, termasuk himpunan zikir-zikir pilihan seperti al-Ma‘thurat dan Manzil.

Jadilah wanita yang digambarkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud, “Ðan lelaki-lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta wanita-wanita yan gmenyebut nama Allah banyak-banyak, Allah menyediakan bagi merka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab 33:35)

3 – Menambah ilmu

Waktu solat dan membaca al-Quran kini menjadi waktu lapang Tanya agenda? Apa kata gantikannya dengan aktiviti membaca bahan bacaan agama, tidak kiralah sama ada bahan berkaitan aqidah, ibadah (fiqah) atau adab (akhlak). Natijahnya, hasil ilmu yang ditimba akan membuahkan rasa yakin semasa melakukan ibadah kepada al-Khaliq.

4 – Masih dekat dengan al-Quran

Jika tidak mampu membaca al-Quran, tidak mengapa. Masih ada alternative lain seperti mendengar bacaan al-Quran yang mudah didapati kini dalam pelbagai bentuk dan format. Malah, ini jugalah saat yang sesuai untuk mempelajari tafsir dan tadabbur al-Quran. Siapa kata wanita yang dalam tempoh haid jauh daripada al-Quran walaupun tidak ‘bertemu’ dengan-Nya dalam solat?

5 – Berbakti kepada orang tua atau berkhidmat kepada suami

Benarlah, manusia yang paling baik antara kamu ialah manusia yang paling memberi manfaat kepada manusia lain. Oleh sebab itu, lebihkan ‘kuantiti’ dan ‘kualiti’ pada waktu haid untuk berbakti dan berkhidmat kepada insan yang layak diberikan layanan istimewa.

6 – Memperbanyakkan doa

Ðalam temoh haid juga, wanita boleh memperbanyakkan doa terutamanya pada waktu yang mustajab doa seperti antara waktu azam dan iqamah, ketika hari hujan, ketika tersedar waktu sepertiga malam dan sebagainya.

7 – Memperbanyakkan sedekah

Wanita juga bolehmenambah kuantiti dan kekerapannya bersedekah dengan wang ringgit atau harta benda. Harus diingat, ruang lingkup sedekah tidak tamat di situ, malah skopnya lebih luas. Kata-kata yang baik juga sedekah, samalah seperti mengelak daripada mengumpat dan menabur fitnah.

Apabila ilmu sudah mengetuk minda, apalagi, sama-samalah kita mengamalkannya. Hati yang sentiasa inginkan kebaikan pasti tidak akan membiarkan waktu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang amalan soleh.

Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan wanita yang miskin timbangan mizan di akirat kerana miskin amalannya di dunia, amiin.
*********************************************************************************

Aamiin aamiin ya rabbalalamin.. Kesimpulannya, pahala masih boleh ditambah walaupun tengah cuti. ada faham antunna sekalian ?? hehe sharing is caring okay :3

Sampai sini saja.. Assalamualaikum wbt..

Credit: owner blog

9 Cara SALAH Dalam Menutup Aurat KEPALA
Bismillah..
Assalamualaikum.. jumpa fifah lagi sekali dlm hari yg sama. haha tk pe lah. sekali-sekala apa salahnyaa. ni fifah nk share ngan korang. fifah tertarik sgt dgn entry ni.. sebelum tu credit untuk owner blog.. apa2 pun, layannn !

Bismillah.

Dear journal,

  Baru-baru ni aku terpanggil untuk cakap isu pemakaian tudung, atau lebih tepat lagi pemakaian untuk menutup aurat dalam masyarakat kita. Walaupun dah buih-buih ustaz duk pesan, tapi masih ada yang duk lupa dan lupa.

  So, harini meh aku kongsi sikit antara cara salah dalam menutup aurat kepala. InsyaAllah, lepas ni aku akan extend kat badan pulak. Kita satu demi satu dulu, alrite!

  Jangan lupa pesan kat keluarga perempuan, kawan-kawan, bini atau BAKAL bini korang. Yang penting, mudah-mudahan perkongsian ni jadi peringatan berguna untuk aku yang selalu lupa dan untuk korang.

  Yang terasa tu, jangan sentap je. Jom ler berubah. Dan maaflah kalau bahasa aku brief kasar sikit. Aku cakap direct je. Ambik yang jernih, buang yang keruh ya.

*********************************************************************************


CARA 1 : Pakai Tudung Rambut Terjuih.







  Bila sorang perempuan berkira nak beli anak tudung, ini la jadinya. Murah je anak tudung. Baru-baru ni aku beli untuk sedara, 2 ringgit. Bagi aku kan, rambut terjuih macam ni nampak selekeh.



  Lagipun, sehelai rambut pun dah berdosa kalau bukan mahram tengok. Apa lagi mau cerita?







CARA 2 : Pakai Tudung Singkat, Tayang Buah Dada.











  Jika anda rasa anda sorang je yang ada buah dada, maka anda silap besar la. Dan jika anda rasa menunjukkan buah dada ni perlu dibanggakan, maka anda silap besar jugak.



  Kenapa? Sebab 'harta' kita telah dicemari. Semua dah tengok, apa lagi mau simpan? Bakal suami pun lari, 'harta' dia dah kotor. Aku taktau la, tapi aku ni bila tengok perempuan lain tayang-tayang, aku malu sangat. Hanya mampu berdoa', mudah-mudahan diorang sedar dan aku dijauhkan daripada buat macam tu.



  Ada kata tak selesa labuh-labuh. Aku pun tak faham bab mana yang tak selesa. Aku rasa bila tutup kemas-kemas lagi selesa. Bagi aku TAK SELESA tu datang daripada bisikan syaitan laknatullah. Lama-lama kita dah biasa, rasa sangat selesa.



  Boleh je pakai pendek, tapi baju biar tebal dan longgar, tak nampak bentuk buah dada. Tapi kat Malaysia ni ada ke nak pakai tebal-tebal? Buat sembang boleh laa..







CARA 3 : Belit Tudung Sampai Nampak Bentuk Leher.








  Ya, aku faham ikut fesyen. Tapi agak-agak la sampai bentuk leher nampak.. Tak kisah kita nak lilit macam ular ke, macam biawak ke, takde sapa kisah. Tapi menampakkan bentuk leher adalah satu pendedahan aurat kerana ketat.



  Selalunya kalau ketat, biarlah ada selendang cover jangan bagi nampak.







CARA 4 : Tudung Ada Bonggol Pelik.






  Kalau buat sanggul tinggi-tinggi dan memang disengajakan nak jadikan bonggol, maka HARAM hukumnya. Manakala kalau rambut memang panjang atau suami mintak, maka boleh.



  Still, aku nak cakap sikit. Rambut perempuan lain pun panjang jugak.. Tapi takde la bonggol dia memanjang sangat ke atas. Dan aku terfikir. Ada ke suami yang nak tengok bini dia jadi alien??




resinilluminati.com

  Tapi takpe la. Apa hak aku pun. Lantak suami dia la.. Pandai-pandai la fikir sendiri lawa ke tak. [Bahaya ni. Sebelum nikah aku kena warning bakal suami aku jangan suruh aku jadi alien, wakaka!]







CARA 5 : Pakai Tudung Takmau Tutup Bahu!






  Yang ni selalu aku nampak secara rawak. Dan sebabnya diorang kata nanti nampak gemuk. Eh, boleh pulak macam tu? Salah tu. Salah satu syarak pemakaian tudung yang tepat adalah dengan melepasi bahagian bahu tudung tu. Kenapa? Nampak bentuk bahu la.



  Jangan risau.. Korang takkan nampak gemuk. Kalau nampak gemuk pun, apa masalahnya? Kita nak tunjuk badan kita yang kurus kat semua orang ke? Dari segi kecantikan, aku tak nampak masalah. Lagi kemas ada la tudung elok tutup bahu.



  Tak kisah la nampak gemuk pun. Gemuk kan chubby. Chubby kan comel. Ahh, aku terasa. Wakakaka!! Gurau wei, gurau. Jangan maki aku.







CARA 6 : Pakai Tudung Nipis Dan Nampak Bentuk Telinga.






  Pergh, punya detail sampai nampak telinga pun aku nak kasi sebat. Yes. Sejak keluar tudung sarung kain licin zaman sekarang, ramai orang tak sedar diorang pakai tudung tu nampak bentuk cuping telinga. Mungkin sebab ketat atau tak pakai anak tudung.



  Maka sebelum keluar rumah, pergilah tengok cermin. Longgarkan dulu bahagian telinga tu, ok. Lagipun nampak pelik la. Macam pakai tudung nak terkeluar telinga. Tolong betulkan ya. Nampak bentuk dah menunjukkan aurat.



  Sama jugak bila pakai tudung nipis. Sebelum keluar check dulu, terutama bahagian leher. Kalau nipis, sarung la tudung tebal sikit. Atau pakai dua lapis.







CARA 7 : Tudung Labuh, Tapi Masih Nampak Buah Dada.






  Pergh, aku pernah terkena pakai tudung kain licin macam ni, last-last nampak bentuk. Satu hal aku 24 jam pegang tudung aku untuk pastikan tak terkena tubuh badan aku. Walaupun tudung labuh, tapi disebabkan kain terlalu licin, bentuk buah dada nampak.



  Lawa dah lawa. Labuh dah labuh. Tapi sayang, jenis kain tak elok. Sebab tu la aku tak galakkan pakai tudung sarung yang kain licin tu. Sebab tetap nampak bentuk buah dada. Kalau nak sarung jugak, kena dua lapis.







CARA 8 : Tudung Ada Hiasan Tambahan.






  Bukan jealous.. Tapi kalau pakai hiasan kat kepala over sangat, akan jadi perhatian. Jangan lupa, sebaik-baik wanita adalah tidak dipandang dan tidak memandang. Aik, jangan cakap korang taknak jadi sebaik-baik wanita?



  Nak hias, hias la. Pakailah kerongsang cantik-cantik ke.. Janganlah letak rama-rama besar, riben besar atas kepala. Aku pernah terbaca sorang lelaki kritik cara pakai macam tu. See? Lelaki pun tak suka tengok, jadi udah-udah la tu.. 







CARA 9 : Dagu?? Adakah Dagu Itu Aurat????






  Ramai muslimah persoalkan. Adakah dagu tu aurat?? Kita sudah maklum, aurat dalam solat adalah SAMA dengan aurat semasa luar solat. So time solat kita tutup dagu. Luar solat??? Haaa... Sebab tu kebanyakan orang berpurdah salah satu alasannya untuk menutup dagu kerana khuatir. 



  Untuk pengetahuan korang, dagu sebagai aurat ada banyak pandangan daripada para ulamak. Ada yang kata dagu sebahagian dari leher, maka aurat. Ada pulak kata dagu sebahagian daripada muka, maka bukan aurat. Dan terdapat had-had dagu yang dibahaskan.



  Korang tanya aku?



personalgenomes.org

  

  Tulang dagu tu bukan aurat tapi bahagian isi dagu menuju ke leher itu aurat. Rujuk kat SINI. Tapi untuk langkah keselamatan, aku tutup jugak bahagian dagu. Kalau dalam gambar tak nampak bentuk isi dagu, maka aku rasa selamat. Kalau kat luar la, aku khuatir. Korang pilih la nak ikut mana, ok.





  Sesungguhnya pengetahuan atas segala-galanya adalah milik Allah SWT



  Allahhua'lam.
 
 
amacam ?? menarik takk ? bagi fifah, entry ni sgt berguna untuk muslimah diluar sana including myself :) sekian dulu. Assalamualaikum wbt.

6 Syarat Aurat Solat Tanpa Telekung
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum, asdiqoi. apa khabar ? lama dah fifah tk update blog kan ? rindu fifah tk ? hehe meracau... harini fifah nk sharing2 dgn korang apa yg fifah dapat. fifah malas nk taip semula, so fifah copy je lah. kredit untuk owner blog ni :)

Bismillah.



Dear journal,



  Baru-baru ni aku tengok dah ada muslimah Melayu start solat tanpa telekung. Tapi dalam purata 5% ar dalam satu surau atau masjid yang aku nampak. Bagi aku, bagus la. Dah ada orang yang mudahkan cara solat dengan cara yang betul.



  Tapi!



  Ades, masih ada yang kena tegur-tegur sikit la.. So, harini aku diilhamkan untuk buat entri ni. Sebelum ni aku tulis 5 Kelebihan Solat Tanpa Telekung. Jangan fikir kelebihan je, tapi solat tak diterima. Kena tau jugak syaratnya, terutama syarat aurat.



  Mudah-mudahan peringatan khususnya untuk diri aku dan semua dapat dikongsi sama. Ambik yang jernih, buang yang keruh. Sentiasa perbaiki diri sendiri bersama.



  Apapun, entri ni boleh related dengan entri 9 Cara SALAH Dalam Menutup Aurat KEPALA. Sebab masih menyentuh jugak aspek aurat.







SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.






  Seperti yang aku cakap dalam entri SINI, ada canggah pendapat pasal dagu. Tapi kalau ikut mazhab Syafie, aha, jadi tutup dagu tu ya. 



  Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup.



  Oh ya! Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.



[Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul. Aku taknak letak hukum sesuka hati. Rujuk kat SINI antara pendapat.]







SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!






  Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.







SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.






  Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?



  Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.







SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.






  Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah.



  Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.







SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.






  Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu



  Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..



  Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.





SYARAT 6 : Pakai Seluar?






  Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.



  Still, aku tak galakkan. Sebab khuatir. Lebih baik pakai kain. Serius, aku takut nak galakkan, sebab kadang-kadang orang baca, lain fahaman dia. Yang pasti, seluar boleh pakai. Tapi ketat peraturan dia.







*********************************************************************************



  Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.



  Apapun, aku nak nasihatkan kepada orang-orang yang bergaduh pasal perkara khilaf atau bercanggah pendapat. Untuk berdebat dalam perkara ni, mesti kena banyak ilmu, bukan sekadar cakap ikut baca internet. Kena ada rujukan kitab ulamak, mazhab semua.



  Aku sendiri takut nak cakap apa-apa, apatah lagi main jatuh hukum pasal benda khilaf ni.



  Kalau korang tanya aku, dalam perkara khilaf, aku akan lagi hati-hati. Contohnya isu dagu, isu stokin, even isu sapu muka selepas solat. Cuba fikir dengan baik-baik. Then pilih la. Tak guna kita nak berbalah sebab benda yang berlainan pendapat ni.



  Yang penting, Allah lagi Mengetahui..
 
 
Haa, see ! betapa pentingnya aurat kita wahai muslimah. Harap2 entry ni dapat bagi manfaat kat korang. Assalamualaikum :)

R O S A K again !
BLOG INI SEDANG DIKEMASKINIKAN.. SEBARANG MAKLUM BALAS, SILA TWEET.. 
(cehh ayat, haha)