Assalamualaikum !
Ahlan Wasahlan :)
Tagboard
Leave your footprints here :) ![]() My Wishlists
:) |
9 Cara SALAH Dalam Menutup Aurat KEPALA
Bismillah..Assalamualaikum.. jumpa fifah lagi sekali dlm hari yg sama. haha tk pe lah. sekali-sekala apa salahnyaa. ni fifah nk share ngan korang. fifah tertarik sgt dgn entry ni.. sebelum tu credit untuk owner blog.. apa2 pun, layannn ! Bismillah. Dear journal, Baru-baru ni aku terpanggil untuk cakap isu pemakaian tudung, atau lebih tepat lagi pemakaian untuk menutup aurat dalam masyarakat kita. Walaupun dah buih-buih ustaz duk pesan, tapi masih ada yang duk lupa dan lupa. So, harini meh aku kongsi sikit antara cara salah dalam menutup aurat kepala. InsyaAllah, lepas ni aku akan extend kat badan pulak. Kita satu demi satu dulu, alrite! Jangan lupa pesan kat keluarga perempuan, kawan-kawan, bini atau BAKAL bini korang. Yang penting, mudah-mudahan perkongsian ni jadi peringatan berguna untuk aku yang selalu lupa dan untuk korang. Yang terasa tu, jangan sentap je. Jom ler berubah. Dan maaflah kalau bahasa aku brief kasar sikit. Aku cakap direct je. Ambik yang jernih, buang yang keruh ya. ********************************************************************************* CARA 1 : Pakai Tudung Rambut Terjuih.
Bila sorang
perempuan berkira nak beli anak tudung, ini la jadinya. Murah
je anak tudung. Baru-baru ni aku beli untuk sedara, 2
ringgit. Bagi aku kan, rambut terjuih macam ni nampak
selekeh.
Lagipun, sehelai
rambut pun dah berdosa kalau bukan mahram tengok. Apa lagi
mau cerita?
CARA 2 : Pakai Tudung Singkat, Tayang Buah
Dada.
Jika anda rasa
anda sorang je yang ada buah dada, maka anda silap besar la. Dan
jika anda rasa menunjukkan buah dada ni perlu dibanggakan, maka anda
silap besar jugak.
Kenapa? Sebab
'harta' kita telah dicemari. Semua dah tengok, apa lagi mau
simpan? Bakal suami pun lari, 'harta' dia dah kotor.
Aku taktau la, tapi aku ni bila tengok perempuan lain
tayang-tayang, aku malu sangat. Hanya mampu berdoa', mudah-mudahan
diorang sedar dan aku dijauhkan daripada buat macam tu.
Ada kata tak
selesa labuh-labuh. Aku pun tak faham bab mana yang tak
selesa. Aku rasa bila tutup kemas-kemas lagi selesa. Bagi aku TAK
SELESA tu datang daripada bisikan syaitan laknatullah.
Lama-lama kita dah biasa, rasa sangat selesa.
Boleh je
pakai pendek, tapi baju biar tebal dan longgar, tak nampak bentuk
buah dada. Tapi kat Malaysia ni ada ke nak pakai
tebal-tebal? Buat sembang boleh laa..
CARA 3 : Belit Tudung Sampai Nampak Bentuk
Leher.
Ya, aku faham ikut
fesyen. Tapi agak-agak la sampai bentuk leher nampak.. Tak kisah
kita nak lilit macam ular ke, macam biawak ke, takde
sapa kisah. Tapi menampakkan bentuk leher adalah satu pendedahan aurat
kerana ketat.
Selalunya kalau
ketat, biarlah ada selendang cover jangan bagi nampak.
CARA 4 : Tudung Ada Bonggol
Pelik.
Kalau buat sanggul
tinggi-tinggi dan memang disengajakan nak jadikan bonggol, maka
HARAM hukumnya. Manakala kalau rambut memang panjang atau suami
mintak, maka boleh.
Still, aku
nak cakap sikit. Rambut perempuan lain pun panjang jugak..
Tapi takde la bonggol dia memanjang sangat ke atas. Dan aku
terfikir. Ada ke suami yang nak tengok bini dia jadi
alien??
Tapi takpe
la. Apa hak aku pun. Lantak suami dia la..
Pandai-pandai la fikir sendiri lawa ke tak. [Bahaya ni.
Sebelum nikah aku kena warning bakal suami aku jangan suruh aku
jadi alien, wakaka!]
CARA 5 : Pakai Tudung Takmau Tutup
Bahu!
Yang ni
selalu aku nampak secara rawak. Dan sebabnya diorang kata nanti
nampak gemuk. Eh, boleh pulak macam tu? Salah tu. Salah
satu syarak pemakaian tudung yang tepat adalah dengan melepasi bahagian
bahu tudung tu. Kenapa? Nampak bentuk bahu la.
Jangan risau..
Korang takkan nampak gemuk. Kalau nampak gemuk pun, apa
masalahnya? Kita nak tunjuk badan kita yang kurus kat semua orang
ke? Dari segi kecantikan, aku tak nampak masalah. Lagi kemas ada
la tudung elok tutup bahu.
Tak kisah
la nampak gemuk pun. Gemuk kan chubby. Chubby
kan comel. Ahh, aku terasa. Wakakaka!! Gurau
wei, gurau. Jangan maki aku.
CARA 6 : Pakai Tudung Nipis Dan Nampak Bentuk
Telinga.
Pergh, punya
detail sampai nampak telinga pun aku nak kasi sebat.
Yes. Sejak keluar tudung sarung kain licin zaman sekarang, ramai orang
tak sedar diorang pakai tudung tu nampak bentuk cuping
telinga. Mungkin sebab ketat atau tak pakai anak tudung.
Maka sebelum keluar
rumah, pergilah tengok cermin. Longgarkan dulu bahagian telinga tu,
ok. Lagipun nampak pelik la. Macam pakai tudung nak
terkeluar telinga. Tolong betulkan ya. Nampak bentuk dah
menunjukkan aurat.
Sama jugak
bila pakai tudung nipis. Sebelum keluar check dulu, terutama bahagian
leher. Kalau nipis, sarung la tudung tebal sikit. Atau pakai dua
lapis.
CARA 7 : Tudung Labuh, Tapi Masih Nampak Buah
Dada.
Pergh, aku
pernah terkena pakai tudung kain licin macam ni, last-last nampak
bentuk. Satu hal aku 24 jam pegang tudung aku untuk pastikan tak
terkena tubuh badan aku. Walaupun tudung labuh, tapi disebabkan kain terlalu
licin, bentuk buah dada nampak.
Lawa dah
lawa. Labuh dah labuh. Tapi sayang, jenis kain tak elok. Sebab
tu la aku tak galakkan pakai tudung sarung yang kain licin
tu. Sebab tetap nampak bentuk buah dada. Kalau nak sarung
jugak, kena dua lapis.
CARA 8 : Tudung Ada Hiasan
Tambahan.
Bukan
jealous.. Tapi kalau pakai hiasan kat kepala over sangat,
akan jadi perhatian. Jangan lupa, sebaik-baik wanita adalah tidak dipandang dan
tidak memandang. Aik, jangan cakap korang taknak jadi sebaik-baik
wanita?
Nak hias,
hias la. Pakailah kerongsang cantik-cantik ke.. Janganlah letak
rama-rama besar, riben besar atas kepala. Aku pernah terbaca sorang
lelaki kritik cara pakai macam tu. See? Lelaki pun tak
suka tengok, jadi udah-udah la tu..
CARA 9 : Dagu?? Adakah Dagu Itu
Aurat????
Ramai muslimah
persoalkan. Adakah dagu tu aurat?? Kita sudah maklum, aurat
dalam solat adalah SAMA dengan aurat semasa luar
solat. So time solat kita tutup dagu. Luar
solat??? Haaa... Sebab tu kebanyakan orang berpurdah
salah satu alasannya untuk menutup dagu kerana khuatir.
Untuk pengetahuan
korang, dagu sebagai aurat ada banyak pandangan daripada para
ulamak. Ada yang kata dagu sebahagian dari leher, maka aurat. Ada
pulak kata dagu sebahagian daripada muka, maka bukan aurat. Dan
terdapat had-had dagu yang dibahaskan.
Korang tanya
aku?
Tulang dagu tu
bukan aurat tapi bahagian isi dagu menuju ke leher itu aurat.
Rujuk kat SINI. Tapi untuk langkah keselamatan, aku tutup jugak
bahagian dagu. Kalau dalam gambar tak nampak bentuk isi dagu, maka
aku rasa selamat. Kalau kat luar la, aku khuatir. Korang
pilih la nak ikut mana, ok.
Sesungguhnya
pengetahuan atas segala-galanya adalah milik Allah SWT.
Allahhua'lam.
amacam ?? menarik takk ? bagi fifah, entry ni sgt berguna untuk muslimah diluar sana including myself :) sekian dulu. Assalamualaikum wbt.
|