Assalamualaikum !
Ahlan Wasahlan :)
Tagboard
Leave your footprints here :) ![]() My Wishlists
:) |
6 Syarat Aurat Solat Tanpa Telekung
Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum, asdiqoi. apa khabar ? lama dah fifah tk update blog kan ? rindu fifah tk ? hehe meracau... harini fifah nk sharing2 dgn korang apa yg fifah dapat. fifah malas nk taip semula, so fifah copy je lah. kredit untuk owner blog ni :)
Bismillah.
Dear journal,
Baru-baru ni aku tengok dah ada
muslimah Melayu start solat tanpa telekung.
Tapi dalam purata 5% ar dalam satu surau atau masjid yang
aku nampak. Bagi aku, bagus la. Dah ada orang yang mudahkan cara
solat dengan cara yang betul.
Tapi!
Ades, masih ada yang kena tegur-tegur sikit
la.. So, harini aku diilhamkan untuk buat entri ni.
Sebelum ni aku tulis 5 Kelebihan Solat Tanpa Telekung. Jangan fikir
kelebihan je, tapi solat tak diterima. Kena tau
jugak syaratnya, terutama syarat aurat.
Mudah-mudahan peringatan khususnya untuk diri aku dan
semua dapat dikongsi sama. Ambik yang jernih, buang yang keruh. Sentiasa
perbaiki diri sendiri bersama.
Apapun, entri ni boleh related dengan
entri 9 Cara SALAH Dalam Menutup Aurat KEPALA. Sebab masih
menyentuh jugak aspek aurat.
SYARAT 1 : Mestilah
Menutup Dagu.
Seperti yang aku cakap dalam entri SINI, ada canggah
pendapat pasal dagu. Tapi kalau ikut mazhab Syafie,
aha, jadi tutup dagu tu ya.
Ramai orang solat tanpa telekung
tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung
bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung
sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu.
Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup.
Oh ya! Jangan lupa pin kan belakang tudung
dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher,
batal pulak. Jangan lupa bab tu.
[Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah
pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul. Aku taknak letak hukum
sesuka hati. Rujuk kat SINI
antara pendapat.]
SYARAT 2 :
SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan
solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak
aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita
akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak
aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang
digalakkan.
SYARAT 3 : Memakai
Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan
MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka
tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai
baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek,
baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya.
Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.
SYARAT 4 : Kain Tak
Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung
biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma,
pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain
tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu
labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah.
Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh
nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua
sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je
kita solat.
SYARAT 5 : Pakai
Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak
nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki.
Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu.
Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada
khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk
dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..
Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu
pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.
SYARAT 6 : Pakai
Seluar?
Seeloknya, pakailah
kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat
akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar.
Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh
hingga menutup punggung dan peha.
Still, aku
tak galakkan. Sebab khuatir. Lebih baik pakai kain. Serius, aku takut
nak galakkan, sebab kadang-kadang orang baca, lain fahaman dia. Yang
pasti, seluar boleh pakai. Tapi ketat peraturan dia.
*********************************************************************************
Banyak benda perlu
berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung,
terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua
perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.
Apapun, aku nak
nasihatkan kepada orang-orang yang bergaduh pasal perkara khilaf atau
bercanggah pendapat. Untuk berdebat dalam perkara ni, mesti kena banyak
ilmu, bukan sekadar cakap ikut baca internet. Kena ada rujukan
kitab ulamak, mazhab semua.
Aku sendiri takut
nak cakap apa-apa, apatah lagi main jatuh hukum pasal benda khilaf
ni.
Kalau korang
tanya aku, dalam perkara khilaf, aku akan lagi hati-hati. Contohnya
isu dagu, isu stokin, even isu sapu muka selepas solat. Cuba fikir
dengan baik-baik. Then pilih la. Tak guna kita nak
berbalah sebab benda yang berlainan pendapat ni.
Yang penting,
Allah lagi Mengetahui..
Haa, see ! betapa pentingnya aurat kita wahai muslimah. Harap2 entry ni dapat bagi manfaat kat korang. Assalamualaikum :)
|